• MANIS ditubuhkan atas kesedaran untuk membela terutama daripada segi pendidikan kepada anak-anak yatim, miskin, dan yang terbiar. Kemiskinan dari segi ekonomi tidak seharusnya menafikan anak-anak tersebut untuk mendapat pendidikan dan peluang menjalani kehidupan yang murni yakni kehidupan yang berlandaskan Islam.
  • MANIS juga bakal dijadikan pusat aktiviti dan pusat giat kehidupan anak-anak yatim, miskin dan terbiar, secara tidak langsung sebagai tempat untuk mengasuh bagi membolehkan mereka meneruskan kehidupan mereka terutama dari segi pekerjaan, agama dan ekonomi.
  • MANIS juga dirancang sebagai pusat giat dan perkembangan kebudayaan Islam, dengan menjadikan para pelajar dan yang mendapat pendidikan di MANIS sebagai orang yang berilmu dan berwawasan. Sekaligus juga sebagai pusat pendidikan agama umum kepada masyarakat setempat termasuk golongan tua dan golongan muda. Pendidikan itu termasuklah kelas-kelas agama yang diaturkan dari masa ke semasa, juga kelas-kelas pengajian kitab seperti mana amalan pendidikan tradisional.
 
 
   
 
Madrasah Nurul Islam © Copyright 2007. All rights reserved.