Antara aktiviti semasa MANIS:

PUSAT PENDIDIKAN ISLAM

  • Sejak ditubuhkan dan sehingga kini MANIS telah berperanan sebagai pusat pengajian Islam secara tradisional. Ia bertempat di bangunan sementara Madrasah, seperti alamat di atas. Pada tahun ini sahaja terdapat seramai 30 orang pelajar sepenuh masa. Mereka ini adalah anak-anak yatim, miskin, daif bahkan terbiar. Dengan demikian bermakna segala usaha dan daya, MNI memberi pendidikan percuma bahkan menanggung sepenuhnya segala keperluan hidup mereka terutama daripada segi makan minum dan tempat tinggal.
  • MANIS sekarang terdiri daripada tenaga pengajar sambilan. Sungguhpun demikian pihak MANIS turut bertanggungjawab mengusahakan habuan kepada mereka, sekurang-kurangnya dapat menampung keperluan asas, peribadi termasuk keluarga pelajar.
  • Adalah dianggarkan lebih ramai lagi pelajar seperti di atas yang telah dikenalpasti ratusan ribu untuk diselamatkan. Bagaimana pun setakat ini kemampuan kami ada seramai 30 orang di atas akan dibesarkan dari masa ke semasa.

PENERBITAN BUKU-BUKU AGAMA

  • MANIS merangkakan usaha penerbitan ini dengan tujuan sebagai salah satu sumber ekonomi, di samping menyebarkan ilmu Islam. Ia dijangka  dapat menjadi sumber pendapatan yang kukuh memandangkan buku-buku yang diterbitkan akan dijual terus kepada pengedar dengan harga  diskaun. Manakala pengedar akan membelinya secara tunai. Oleh itu, ia dijangka memberi jaminan keuntungan (walaupun tidak maksimum).
  • Usaha ini sebenarnya memerlukan modal untuk menampung kos cetak dan lainnya. Oleh kerana MANIS belum mempunyai kewangan yang cukup bagi tujuan berkenaan, progaram ini belum dapat dilaksanakan. Pada masa ini ada 10 buah buku dan kitab bahasa arab yang telah diterjemahkan dalam bahasa melayu untuk diterbitkan sekiranya mempunyai kewangan yang mencukupi. Peruntukan sebanyak kira-kira RM50,000.00 diperlukan untuk tujuan di atas.

KHIDMAT PENGURUSAN QURBAN / AQIKAH

  • MANISI juga menyediakan khidmat pengurusan kepada sesiapa sahaja yangh berjahat untuk melakukan ibadat Qurban dan Aqiqah. Pada setiap tahun MANIS menyediakan korban dan aqiqah untuk masyarakat setempat. Daging Qurban dan Aqiqah kemudiannya diagihkan kepada masyarakat Islam yang berhak di ketiga-tiga wilayah. ( Yala, Pattani dan Narathiwat ). MANIS juga menerima Qurban dan Aqiqah daripada masyarakat  Islam di luar Thailand seperti dari Malaysia. MANIS mampu menguruskan urusan Qurban dan Aqiqah bagi 30 ekor lembu dan kambing sekiranya mendapat tempahan.

PERKHIDMATAN DAN PENGURUSAN

  • MANIS menjalankan beberapa jenis perniagaan dan perkhidmatan bagi menjana ekonomi semasa seperti sewa kereta, pertanian dan perternakan, pengurusan haji dan umrah (Syarikat Ta a'un) perniagaan runcit (Syarikat Nurul Tijarah).
 

PIHAK MANIS SEDANG MENGUSAHAKAN UNTUK MEMBELI 7 BIJI RUMAH UNTUK DIJADIKAN PUSAT AKTIVITI MADRASAH NURUL ISLAM.

   
   
         
   


Gambar diatas antara 7 biji rumah dan tanah lot yang sedang diusahakan untuk dibeli untuk tujuan manjalankan aktiviti – aktiviti madrasah Nurul Islam (MANIS). Hartanah tersebut bernilai RM 210,000.00. Lokasinya terletak di Bukit Lancong, Shah Alam.

     
             
   

INI ADALAH MADRASAH NURUL ISLAM CAWANGAN MANIS DI KAMBODIA, KEMBOJA.

     
         
         
         
   
Ini merupakan Madrasah Tahfiz Nurul Islam Kampung Jemnik, Kampung Cham, Kemboja. Ia adalah cawangan MANIS di Kambodia.
     
             
 
Madrasah Nurul Islam © Copyright 2007. All rights reserved.